Jumaat, 1 Julai 2011

sedihnya Bangsa Ku..

sedihnya Bangsa Ku..
masih di pijak pijak Bangsa sendiri
masih di jajah, setelah dijajah
dan.. masih di caci sebangsa sendiri

sedihnya Bangsa ku..
tak pernah tahu untuk bersyukur
tak pernah tahu erti keamanan
dan.. tak pernah menghargai nikmat Tuhan

sedihnya Bangsa ku..
kerana politik kita terpisah
kerana agenda berpecah belah
dan... kerana kata, tergadai maruah (Bangsa)

sedihnya Bangsa ku..
bila terlalu mementingkan diri
bila taksub menguasai diri
dan tergamak bila mengkafir Bangsa sendiri

sedihnya Bangsa ku..
di lontar jauh mengejar ilmu
di sapa pulang, mencurah tuba
dan mencoret.. fitnah dan nista

sedihnya Bangsa ku..
Aku Cintakan Bangsa ku
Aku Rindukan Bangsa ku
Aku Kasihkan Bangsa ku
Aku amat Sayangkan Bangsa ku
kembalikanlah Bangsa ku yang telah hilang itu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan